Tempoh praktikal kami di SMKAMAR adalah 12 minggu bermula 15hb 06 2009-11hb 09 2009. Selama kami di sini, sangat banyak pengajaran dan pengalaman yang berguna telah kami perolehi. Sebagai guru praktikal yang baru setahun jagung dalam bidang pendidikan, yang baru sahaja dilepas talinya daripada sangkar ilmu teori, terlalu banyak perkara yang cuba kami adaptasi dan eksperimen terhadap apa yang telah kami pelajari di universiti. Sungguh apa yang ditelaah daripada buku setebal 5 inci itu, bersengkang mata sampai bengkak2 biji mata, berjam2 dimakmal, dan berebut2 bas untuk ke kuliah....semua itu hanya secuit dari apa yang patut tahu...hanya secuit...
setelah berada di SMKAMAR ini, barulah kami berpeluang mencedok sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sebenar sebagai seorang guru...berbantukan tunjuk ajar guru pembimbing serta nasihat daripada guru-guru lain, kini kami sedar...menjadi seorang guru tidak semudah yang dilihat dan ditanggapi kami sebelum ini. Mengajar 'manusia' supaya berpengetuan, bijak pandai serta berketrampilan adalah satu usaha yang sangat sukar. Namun, disitu ada lagi tugas berat yang lebih berat dan lebih sukar..iaitu 'mendidik' manusia supaya menjadi seorang 'insan'.
Hati seorang guru bukan sekadar melihat 'manusia didikan'nya berjaya secara lahiriah, bahkan juga cemerlang secara batiniah, hebat dalam menjalankan tugas2 seorang khalifah di akhir zaman...nah! sudah kami buka mata sekarang..seluas2nya..tentang tugas yang bakal kami pikul nanti.
berburu kepalang ajar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi....
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment